Wednesday 29 January 2014

selamat datang ke melaka

apa khabar semua. harap semua dalam keadaan yang hebat. tujuan aku buat blog ni nak share segala yang berkaitan tentang negeri ku sayang MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH ni. Bila ada perkongsiaan maklumat di sini dapat la di manfaatkan oleh pengunjung-pengunjung ke negeri Melaka nanti.

Maklumat2 yang sangat di perlukan oleh mereka yang datang ke melaka contohnya berkaitan dengan :

1) penginapan

Berkaitan dengan penginapan , ada byk pilihan hotel, resthouse atau homestay dari yg murah hingga ke mahal pun boleh di pilih jika berminat mengikut bajet percutian masing-masing.

Masalah yang kerap berlaku semasa waktu puncak di mana apabila ramai pengunjung ke melaka tetapi bilik-bilik hotel habis ditempah yang tinggal bilik hotel yang mahal-mahal sahaja . maka di sini kita boleh kongsi di mana nak dapatkan homestay dekat dengan kawasan bandar atau berada dlm kawasan bandar yang menawarkan harga sewa untuk 1 hari yang amat rendah iaiti serendah rm150 semalam.


2) tempat makan

untuk tempat makan pula, biasa melaka ni memang terkenal dengan menu terbaik nya iaitu masak asam. jika sahabat semua nak tahu, pelbagai jenis masak asam boleh kita cuba sebenarnya, ada masak asam telur ikan, masak asam ikan pelbagai , daging, tetel dan lain-lain.


3) tempat bersukaria / riadah

Selain itu tempat-tempat bersiar atau riadah juga banyak di melaka ni. nanti bila kita kongsi di sini dapat la kita kenal pasti di mana tempat beriadah yang sesuai untuk kita dan keluarga nanti.

4) tempat-tempat menarik untuk di lawati.

Melaka terkenal dengan A-Famosa dan juga deretan bangunan merahnya. tetapi tidak kurang hebatnya dengan tempat-tempat yang menarik lain boleh di kunjungi. kebiasaan pengunjung hanya akan pergi ke bandar hilir sahaja dan kawasan terdekatnya. jom kita intai tempat apa yang menarik untuk kita tuju bila sampai ke melaka.

5) jalan shortcut.

Jalan pintas untuk ke sesuatu tempat tanpa menempuh jem dan berasak2 di bandar di kala ramai pengunjung datang secara serentak ke melaka. perkara ini berlaku sewaktu musim perayaan,, cuti umum atau pun pada hari jumaat, sabtu dan ahad.